Perdana Menteri Malaysia

Apa persamaan semua perdana menteri malaysia dari yang pertama hingga kesepuluh. Persamaannya ialah mempunyai seorang isteri. 

Thursday, July 8, 2021

Air Terjun Batu Ferringhi Pulau Pinamg Abad Ke 19 (Tahun 1890an)


1. Pernah ketika umur belasan tahun pergi ketempat ini. Tujuan adalah kerana menghadiri pekhemahan dalam satu perkumpulan yang ramai. Diusia sebegitu jika dapat pergi ketempat ini amat merujakan. Di air terjun ini ketika itu kelihatan bersih dan ramai pengunjung dan kecantikan alam semula jadi yang belum tercemar. Tambahan pula ia berdekatan pantai peranginan dimana tempat orang berkelah. Ramai pelancung asing kelihatan di kedua tempat ini. Kebetulan pula ketika itu diadakan pesta Pulau Pinang iaitu bulan Disember. Antara tempat dikunjung ialah Bukit Bendera dengan mendakinya, Tokong Ular dan lainnya. Pada masa dipesta Pulau Pinang saya kali pertama melihat TV berwarna dari TV3 yang menayangkan siri tv popular charlie's angel. Lama juga melihatnya kerana baru kali pertama melihat tv yang siaran berwarna yang sebelum ini dalam hitam putih. 

2. Air terjun ini jika ingin ke hulunya terdapat jalan denai untuk kesana dimana dibahagian atas tempatnya lebih nyaman dan sedikit sunyi berbanding di bawah tetapi jika ingin mandi dibahagian bawah lebih menampakkan suasana air terjun dan bunyi kuat air yang berjatuhan. 


No comments:

Post a Comment