Perdana Menteri Malaysia

Apa persamaan semua perdana menteri malaysia dari yang pertama hingga kesepuluh. Persamaannya ialah mempunyai seorang isteri. 

Saturday, July 24, 2021

Thursday, July 22, 2021

Chip Ram Laptop 512MB 2Rx16 DDR2-667MHz-CL5 PC2-5300S-555-12-A1



Semalam sudah order dari shopee dan kini sedang menunggu mungkin dalam 4 hari. Akan update hari kehari. Seller minta model laptop,  mesej seller dijawab jenis lenovo thinkpad T60, jika ikut specification laptop ini hanya boleh support 3gb sahaja. Jadi yang di order 1 keping 2gb dan 1 keping 1gb ram dikira memadai. 

Wednesday, July 21, 2021

Ram DDR2 2 Gb untuk laptop lama model Lenovo T60

Akan cuba tinjau ram laptop ini samada di lazada atau shoppe kerana laptop lama T60 lenovo yang ada sekarang ran mya cuma 1gb sahaja. Jika untuk buat kerja biasa tiada masalah, yang jadi masalah lambat bila surfing dan kena selalu clear ram. Mungkin akan beli qty 1 untuk 2gb dan mungkin lain kali 1 gb pula lihat kepada prestasi. T60 sekarang ada 2 keping ram setiap satu 512 mb, T60 ini ikur capacity tidak lebih dari 3gb ram sahaja. Tengok lah bagaimana semoga berjaya. 

Updade 11 pagi, baru sahaja order i
1 keping 2 gb dan 1 keping 1 gb ram dari shopee. Mungkin kurang dari seminggu in syaa Allah akan sampai. Harga masing masing RM20 dan Rm12
 

Saturday, July 17, 2021

Wau


 Wau jika diputuskan talinya akan sekejap naik meninggi tapi selepas itu akan jatuh kebawah. Begitu juga dalam hidup....

Thursday, July 8, 2021

Air Terjun Batu Ferringhi Pulau Pinamg Abad Ke 19 (Tahun 1890an)


1. Pernah ketika umur belasan tahun pergi ketempat ini. Tujuan adalah kerana menghadiri pekhemahan dalam satu perkumpulan yang ramai. Diusia sebegitu jika dapat pergi ketempat ini amat merujakan. Di air terjun ini ketika itu kelihatan bersih dan ramai pengunjung dan kecantikan alam semula jadi yang belum tercemar. Tambahan pula ia berdekatan pantai peranginan dimana tempat orang berkelah. Ramai pelancung asing kelihatan di kedua tempat ini. Kebetulan pula ketika itu diadakan pesta Pulau Pinang iaitu bulan Disember. Antara tempat dikunjung ialah Bukit Bendera dengan mendakinya, Tokong Ular dan lainnya. Pada masa dipesta Pulau Pinang saya kali pertama melihat TV berwarna dari TV3 yang menayangkan siri tv popular charlie's angel. Lama juga melihatnya kerana baru kali pertama melihat tv yang siaran berwarna yang sebelum ini dalam hitam putih. 

2. Air terjun ini jika ingin ke hulunya terdapat jalan denai untuk kesana dimana dibahagian atas tempatnya lebih nyaman dan sedikit sunyi berbanding di bawah tetapi jika ingin mandi dibahagian bawah lebih menampakkan suasana air terjun dan bunyi kuat air yang berjatuhan. 


Monday, July 5, 2021

Jalan Parit 1 Sungai Panjang Sungai Besar Selangor



Tiba disini pada 02 Jul 2021 kerana menghadiri pengkebumian Ustaz Salim Dollah. Pemandangan suasana pagi disekitar rumah yang mana tanaman padi sedang berbuah. air masih memenuhi sawah. Kelihatan didalam sawah terdapat ikan yang sekali sekala membuakkan air. Bila ditanya kepada Kak Ros yang dulu semasa usia kanak kanak yang suka memancing bersama Wak Leman tapiSalim  Ustaz Salim katanya tidak sukar memancing. Kak Ros sebaya mereka bertiga dan dia adalah anak saudara ustaz dan Wak Leman. Kak Ros ada 6 orang anak. Wak Leman seorang anak. Wak Leman telah kembali kerahmatullah sekitar tahun 2016. Balu Wak Leman Kak Mis yang kini menetap dirumah ini. Kak Mis sudah mempunyai cucu sekitar umur 9 tahun. Menurut Kak Ros yang tinggal di Dengkil biasanya ikan yang ada disawah ini seperti ikan keli, haruan dan puyu. Ceritanya lagi disini tiada pacat mahu pun lintah setelah ditanya oleh Man anak Kak Zah. Saya pun kurang percaya disawah padi tiada lintah. Ini mungkin berlaku disebabkan tiada induk atau benih lintah disini. Sambung anak kepada Kak Mis pula jika ingin membeli ikan segar dan murah di Bandar Sungai Besar pergi kepasar  iaitu jalan menuju ke stadium Sungai Besar dimana jika dahulu pasar terletak di bandar tapi kini ia telah beralih kesana, itu sebab ramai juga yang seperti tidak tahu dimana pasar tersebut jika tidak bertanya. Dirumah ini dulu pernah dibuat homestay oleh Wak Leman yang mempunyai 3 bilik. Urusan makan minum disediakan. Wak Leman dulu sediakan kemudahan kenderaan memudahkan membawa penginap meninjau sekitar kampung dan beliau juga bertindak sebagai pemandu pelancung. Saya pernah tiga kali menghadiri majlis kenduri walimah disini. Suasana walimah amat meriah yang diadakan jika tidak silap dua atau tiga hari berturut turut dan ditumbangkan beberapa ekor lembu. Ayah Ustaz Salim mempunyai 9 orang anak. Enam orang sudah meninggal dunia. Keluasan sawah pada bagi setiap orang disini ialah 3 ekar termasuk halaman rumah. Dahulu dihadapan rumah ada  tiga kolam untuk mandi dan ada juga kolam ikan. Kak Ros dulu dari kecil tinggal disini. Lebih kurang jam 10 pagi ahli kariah masjid datang mensolatkan arwah dan disebelah pagi selepas subuh diadakan malis tahlil dan doa. Selepas solat jenazah kemudian dibawa ke Tanah perkuburan islam Kampung Sungai Haji Dorani yang mengambil masa lebih kurang 20 minit berkenderaan. Setelah selesai urusan pengkebumian kami singgah sebentar ke Bazar Dorani Perdana. Sesampainya dirumah kita makan tengah hari dan sebelum asar kami berangkat pulang.Suasana pilu yang menyelubungi keluarga Ustaz turut dirasai kami semua  Semoga roh Ustaz diampuni semua dosa dosanya oleh Allah dan ditempatkan bersama orang orang yang soleh.

Sunday, July 4, 2021

Baazar dorani perdana ( pasar Hj Dorani )

Bazar Dorani Perdana Kampung Sungai Haji Dorani Sungai Besar Selangor (020621)


Berpeluang datang kebaza ini yang menjual pelbagai jenis pertanian juga hasil laut. apa yang diperhatikan harga ikan dan hasil laut lainnya lebih murah dari sekitar lembah kelang lainnya. Disini contohnya ikan kembong harganya sekitar RM14. Yang lainnya jenis ikan, udang serta ketam  dijual dalam satu pinggan RM10.

Tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Haji Dorani di kebumikan jenazah Ustaz Salim Dollah (020721)



Kembali kerahmatullah Ustaz Salim Dollah (59 tahun) pada 01 Jun 2021 jam lebih kurang 5:30 petang di rumah sewanya di Kampung Baru Kuala Lumpur. Meninggalkan seorang balu dan seorang anak angkat perempuan. Allahyarham berasal dari Sungai Besar Selangor. Mempunyai 9 adik beradik dan kini yang masih hidup 3 orang iaitu 2 perempuan dan seorang lelaki. Dua orang berada di Sungai Besar dan seorang lagi yang perempuan menetap di Keratong Pahang. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Haji Dorani pada 02 Jun 2021 lebih kurang jam 11;00 pagi. Semoga Allah mengampuni semua dosa dosa allahyarham dan ditempatkan bersama sama orang yang soleh. 

Thursday, July 1, 2021

Jika Membeli

 Jika saya membeli sesuatu barang dimana mana kedai yang membuat tawaran murah saya selalunya tidak akan dikomentar nagatif oleh isteri saya. Ini dikeranakan beli ketika tawaran murah maka semuanya baik baik sahaja.