Perdana Menteri Malaysia

Apa persamaan semua perdana menteri malaysia dari yang pertama hingga kesepuluh. Persamaannya ialah mempunyai seorang isteri. 

Wednesday, August 25, 2021

Ekonomi

1.   Ekonomi pada bahasa mudah ialah berkenaan dengan hal ehwal mengurus perkara yang berbentuk kebendaan samada harta,wang dan barang barangan dan banyak lagi.Jika dalam ekonomi sebuah rumah tangga memang mudah difahami iaitu keperluan sesebuah keluarga adalah perbelanjaan sesebuah rumah  seperti air,letrik,makanan,pakaian dan sebagainya. Jika semua perbelanjaan itu dapat dipenuhi maka teguh dan stabil ekonomi pemilik keluarga dan rumah itu dan begitulah sebaliknya. Bagi negara pula lebih kurang sama cuma keperluannya agak lebih dan banyak jumlah yang perlu diuruskan,

2.   Untuk rumah tangga pada dasarnya dikira dari pendapatan isi rumah tersebut dan dari mana puncanya. Jika ia seorang peniaga apa pula jenis perniagaan dan apa barangan dan perkhidmatan yang ia tawarkan. Jika ia seorang petani atau nelayan bergantung kepada hasil tuaian dan tangkapan dan hasil jualan ikut harga semasa. Jika banyak kebun dan botnya banyaklah hasilnya. Ringkasnya hasil pulangan hasil itu dinilai pula dengan wang setelah ianya dijual. Banyak wang yang diperolehi berbanding wang umtuk membayar lain lain kos makan stabil lah keluarga tersebut. 

3. Jika negara pula jika banyak penghasilan yang didapati hasil pertanian,galian,barangan eletronik serta barangan jentera kecil dan berat dan sebagainya dimana banyak negara luar ingin membeli maka banyaklah hasil negara diperolehi dalam bentuk wang. Jika sebuah keluarga wang yang diperolehi akan disimpan dalam bank dan akan dikeluarkan jika ingin berbelanja. Jika dalam negara wangnya adalah dalm bentuk ringgit. Jika ingin berbelanja diluar negara perlu ditukar kepada mata wang asing samada ditukar dalam negeri atau diluar negara. 

4. Ada juga mengatakan jika kerajaan mencetak lebih banyak wang maka harga barang akan meningkat kerana rakyat mempunyai wang dan ini menjadi kadar inflasi tinggi. Jika ramai rakyat tiada wang maka banyak barang tidak dapat dijual dan ini istilah deflasi berlaku. Jadi peranan kerajaan ialah menilai keadaan pasaran setiap masa supaya keadaan seimbang. Antara peranan ialah memberi bantuan mana yang perlu kepada beberapa golongan yang terjejas. 

5. Bersambung.. 

Tuesday, August 17, 2021

PM meletak jawatan

 1. Tan Sri Mahiadin Mohd Yasin telah meletak jawatan pada 16 Ogos setelah dipersetujui oleh YDP Agong dan dilantik sebagai caretaker PM sehingga dilantik PM yang baru. Ini berlaku susulan penarikan sokongan 15 MP UMNO yang diketuai oleh presidennya. Ekoran itu semua menteri juga menghantar surat perletakan kepada YDP Agong. 

2.Rakyat kini menunggu siapa yang akan dipilih menjadi PM yang ke 9. Mereka yang dipilih nanti datangnya dari gabungan PN dan juga PH. Jika mana mana gabungan mempunyai majoriti maka seorang wakil dari gabungan tersebut akan dilantik. Jika gabungan dari PH maka calunnya ialah DS Anwar Ibrahim manakala dari PN tidak dapat dipastikan.  

Tuesday, August 10, 2021

Siti Sarah Raisuddin

 Pemergiannya pada tanggal 9 Ogos 2021 hari isnin yang lalu mengundang duka sekian ramai orang di negara ini. Banyak diperkatakan kenapa begitu ramai orang yang mendoakan supaya allahyarhamah kembali sembuh dari serangan virus covid 19. Malah ketika berpulang kerahmatullah allahyarhamah begitu ramai yang bersedih menitiskan air mata dan mendoakan kerahmatan untuknya dialam sana. Apakah amalan yang allahyarham lakukan hingga begitu ramai orang yang mendoakan untuknya. Walaupun ramai sebelum ini orang yang dikenali ramai meninggal dunia tapi tidak sehebat ini perhatian diberikan. Sebenarnya yang lebih mengetahui hanya Allah SWT jua tapi apa yang pasti DIA jua yang mendatangkan rasa kesedihan kepada hati manusia dan tentunya ada amalan yang diredhaiNya. Semoga segala doa kepada allahyarhamah diberi kurnian yang terbaik olehNya. Tidak lupa juga semoga serangan virus covid 19 menjadi makin reda dan menurun dengan izinNya semoga dengan kematian Siti Sarah beserta mereka yang meninggal dunia bersamanya sebelum ini akan menjadi titik tolak doa doa kita semua dimakbulkan dan keadaan negara kembali pulih dari wabak.