Perdana Menteri Malaysia

Apa persamaan semua perdana menteri malaysia dari yang pertama hingga kesepuluh. Persamaannya ialah mempunyai seorang isteri. 

Tuesday, August 10, 2021

Siti Sarah Raisuddin

 Pemergiannya pada tanggal 9 Ogos 2021 hari isnin yang lalu mengundang duka sekian ramai orang di negara ini. Banyak diperkatakan kenapa begitu ramai orang yang mendoakan supaya allahyarhamah kembali sembuh dari serangan virus covid 19. Malah ketika berpulang kerahmatullah allahyarhamah begitu ramai yang bersedih menitiskan air mata dan mendoakan kerahmatan untuknya dialam sana. Apakah amalan yang allahyarham lakukan hingga begitu ramai orang yang mendoakan untuknya. Walaupun ramai sebelum ini orang yang dikenali ramai meninggal dunia tapi tidak sehebat ini perhatian diberikan. Sebenarnya yang lebih mengetahui hanya Allah SWT jua tapi apa yang pasti DIA jua yang mendatangkan rasa kesedihan kepada hati manusia dan tentunya ada amalan yang diredhaiNya. Semoga segala doa kepada allahyarhamah diberi kurnian yang terbaik olehNya. Tidak lupa juga semoga serangan virus covid 19 menjadi makin reda dan menurun dengan izinNya semoga dengan kematian Siti Sarah beserta mereka yang meninggal dunia bersamanya sebelum ini akan menjadi titik tolak doa doa kita semua dimakbulkan dan keadaan negara kembali pulih dari wabak.

No comments:

Post a Comment