Perdana Menteri Malaysia

Apa persamaan semua perdana menteri malaysia dari yang pertama hingga kesepuluh. Persamaannya ialah mempunyai seorang isteri. 

Wednesday, August 25, 2021

Ekonomi

1.   Ekonomi pada bahasa mudah ialah berkenaan dengan hal ehwal mengurus perkara yang berbentuk kebendaan samada harta,wang dan barang barangan dan banyak lagi.Jika dalam ekonomi sebuah rumah tangga memang mudah difahami iaitu keperluan sesebuah keluarga adalah perbelanjaan sesebuah rumah  seperti air,letrik,makanan,pakaian dan sebagainya. Jika semua perbelanjaan itu dapat dipenuhi maka teguh dan stabil ekonomi pemilik keluarga dan rumah itu dan begitulah sebaliknya. Bagi negara pula lebih kurang sama cuma keperluannya agak lebih dan banyak jumlah yang perlu diuruskan,

2.   Untuk rumah tangga pada dasarnya dikira dari pendapatan isi rumah tersebut dan dari mana puncanya. Jika ia seorang peniaga apa pula jenis perniagaan dan apa barangan dan perkhidmatan yang ia tawarkan. Jika ia seorang petani atau nelayan bergantung kepada hasil tuaian dan tangkapan dan hasil jualan ikut harga semasa. Jika banyak kebun dan botnya banyaklah hasilnya. Ringkasnya hasil pulangan hasil itu dinilai pula dengan wang setelah ianya dijual. Banyak wang yang diperolehi berbanding wang umtuk membayar lain lain kos makan stabil lah keluarga tersebut. 

3. Jika negara pula jika banyak penghasilan yang didapati hasil pertanian,galian,barangan eletronik serta barangan jentera kecil dan berat dan sebagainya dimana banyak negara luar ingin membeli maka banyaklah hasil negara diperolehi dalam bentuk wang. Jika sebuah keluarga wang yang diperolehi akan disimpan dalam bank dan akan dikeluarkan jika ingin berbelanja. Jika dalam negara wangnya adalah dalm bentuk ringgit. Jika ingin berbelanja diluar negara perlu ditukar kepada mata wang asing samada ditukar dalam negeri atau diluar negara. 

4. Ada juga mengatakan jika kerajaan mencetak lebih banyak wang maka harga barang akan meningkat kerana rakyat mempunyai wang dan ini menjadi kadar inflasi tinggi. Jika ramai rakyat tiada wang maka banyak barang tidak dapat dijual dan ini istilah deflasi berlaku. Jadi peranan kerajaan ialah menilai keadaan pasaran setiap masa supaya keadaan seimbang. Antara peranan ialah memberi bantuan mana yang perlu kepada beberapa golongan yang terjejas. 

5. Bersambung.. 

No comments:

Post a Comment