Perdana Menteri Malaysia

Apa persamaan semua perdana menteri malaysia dari yang pertama hingga kesepuluh. Persamaannya ialah mempunyai seorang isteri. 

Monday, July 5, 2021

Jalan Parit 1 Sungai Panjang Sungai Besar Selangor



Tiba disini pada 02 Jul 2021 kerana menghadiri pengkebumian Ustaz Salim Dollah. Pemandangan suasana pagi disekitar rumah yang mana tanaman padi sedang berbuah. air masih memenuhi sawah. Kelihatan didalam sawah terdapat ikan yang sekali sekala membuakkan air. Bila ditanya kepada Kak Ros yang dulu semasa usia kanak kanak yang suka memancing bersama Wak Leman tapiSalim  Ustaz Salim katanya tidak sukar memancing. Kak Ros sebaya mereka bertiga dan dia adalah anak saudara ustaz dan Wak Leman. Kak Ros ada 6 orang anak. Wak Leman seorang anak. Wak Leman telah kembali kerahmatullah sekitar tahun 2016. Balu Wak Leman Kak Mis yang kini menetap dirumah ini. Kak Mis sudah mempunyai cucu sekitar umur 9 tahun. Menurut Kak Ros yang tinggal di Dengkil biasanya ikan yang ada disawah ini seperti ikan keli, haruan dan puyu. Ceritanya lagi disini tiada pacat mahu pun lintah setelah ditanya oleh Man anak Kak Zah. Saya pun kurang percaya disawah padi tiada lintah. Ini mungkin berlaku disebabkan tiada induk atau benih lintah disini. Sambung anak kepada Kak Mis pula jika ingin membeli ikan segar dan murah di Bandar Sungai Besar pergi kepasar  iaitu jalan menuju ke stadium Sungai Besar dimana jika dahulu pasar terletak di bandar tapi kini ia telah beralih kesana, itu sebab ramai juga yang seperti tidak tahu dimana pasar tersebut jika tidak bertanya. Dirumah ini dulu pernah dibuat homestay oleh Wak Leman yang mempunyai 3 bilik. Urusan makan minum disediakan. Wak Leman dulu sediakan kemudahan kenderaan memudahkan membawa penginap meninjau sekitar kampung dan beliau juga bertindak sebagai pemandu pelancung. Saya pernah tiga kali menghadiri majlis kenduri walimah disini. Suasana walimah amat meriah yang diadakan jika tidak silap dua atau tiga hari berturut turut dan ditumbangkan beberapa ekor lembu. Ayah Ustaz Salim mempunyai 9 orang anak. Enam orang sudah meninggal dunia. Keluasan sawah pada bagi setiap orang disini ialah 3 ekar termasuk halaman rumah. Dahulu dihadapan rumah ada  tiga kolam untuk mandi dan ada juga kolam ikan. Kak Ros dulu dari kecil tinggal disini. Lebih kurang jam 10 pagi ahli kariah masjid datang mensolatkan arwah dan disebelah pagi selepas subuh diadakan malis tahlil dan doa. Selepas solat jenazah kemudian dibawa ke Tanah perkuburan islam Kampung Sungai Haji Dorani yang mengambil masa lebih kurang 20 minit berkenderaan. Setelah selesai urusan pengkebumian kami singgah sebentar ke Bazar Dorani Perdana. Sesampainya dirumah kita makan tengah hari dan sebelum asar kami berangkat pulang.Suasana pilu yang menyelubungi keluarga Ustaz turut dirasai kami semua  Semoga roh Ustaz diampuni semua dosa dosanya oleh Allah dan ditempatkan bersama orang orang yang soleh.

No comments:

Post a Comment